Air Terjun Batu Berangkai Perak
Keluarga kecilku
indah...
Thursday, 14 April 2016
Wednesday, 13 April 2016
IPOH , PERAK ADA PEOPLE'S PARK ???????
Baiklah entry kali ni hakak nak berkongsi tentang apa yang ada kat Ipoh Perak, mungkin masyarakat setempat yang dok bertahun-tahun pun tak tahu kewujudan People's park
Secara jujur nya hakak yang dah dok hampir 6 tahun di Ipoh-Mac 2010 masa first posting....baru pertama kali tahu tentang People's Park ni pada bulan Feb 2016...akak yang ketinggalan or tempat tu memang tak popularrrrrsss
Ishhhhh hakak ni dapat tahu tentang People's Park pun disebabkan tugasan kerja yang memerlukan hakak untuk kenal dengan tempat tersebut....Pertama kali lawatan tapak, masa tu hakak sajer-sajer pergi dengan teman sekerja hakak....Subhanallah...itu perkara terpacul kat mulut hakak...
Serius cantik, tersergam sebuat tapak indah yang dikelilingi seolah-olah ukiran yang tersergam kukuh, ada taman permainan kanak-kanak, ada tandas, ada premis jualan makanan tapi kosong, ada kolam renang yang agak terbiar, paling menakutkan seekor katak sebesar lengan ku sedang menyanyi kegembiraan disiang hari, tapi masa hakak pergi ada pasangan mat salleh tengah berjemur sambil merendam kaki kat situ. Hakak rasa agak segan ngan pasangan mat salleh tu yang datang Perak nak tengok keindahan tempat ni tapi menikmati keindahan tempat tersebut dengan kedaan sebegitu....sayangnyer tempat tu tiada penjagaan rapi...nak salahkan saper yer?????opssss
Kalau pi sebelah malam, gelandangan, mat pet serius bersepah kat tempat tu, tempat tu dah sunyi confirm-confirm la depa bertumpu kat situ, yang ada keluarga jangan harap la nak pi bawak keluarga bagai, memang tak sesuai la.
Tapi takper hakak tanam niat yang murni, mungkin inilah hikmahnya, tempat kerja hakak pilih tempat tersebut sebagai medium perantaraan pelancongan dan seni budaya. Jadi akhirnya tempat lah haka akan mengadap sepanjang tahun 2016
Dalam entry lain hakak akan kongsi apa yang tempat kerja hakak bantu untuk naikkan balik tempat tersebut sebagai tempat tumpuan orang ramai yer..
Tuesday, 12 April 2016
DIET KER??
Kitaran berat sekarang..
Cabaran bagi kaum-kaum ibu yang menyusukan anak dalam masa yang sama berusaha untuk turunkan berat badan..
Tapi alhamdullilah, cuba enjoy dengan diet yang ada.
Nawaitu :
- senang kutip anak-anak
- untuk kesihatan diri sendiri
- untuk keyakinan diri sendiri..
Masa start diet ; 4/01/2015 - 86 kg
Now berat harini : 13/4 /2016 -74.8 kg
First Target : 68 kg pada 21 /4/2016
entry lain kita cerita diet apa yang kita follow...
Monday, 11 April 2016
"daisy beaded shawl" Anna Rose di Hana Bella
KOLEKSI "daisy beaded shawl" by Anna Rose - Hana Bella one of my peberet shawl .
Saya suka saya share.
Sebab suka :
*chiffon tebal
*beaded atas kepala rasa cam exlusive
panjang cukup leh lilit-lilit ikut style mana rasa best
HANA BELLA PREMIER STORES:
No 57G, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
No 28G, Jalan Bestari 5B, Bandar Meru Raya, Ipoh (depan Mydin Hypermarket)
Order Hotline 05 3232640
Kalau yang jauh n nak beli online boleh cari di http://www.hanabella.com.my/
Labels:
review jenama
Location:
Ipoh, Perak, Malaysia
CINDERELLA DRESS BY : ZEFIKS COLLECTION BUAT KORANG NAMPAK SLIM
Oleh kerana saya seorang pembeli pakaian online tegar.
Just nak share mungkin berguna kepada yang tengah mencari review butik Zefiks Collection.
Secara jujur saya memang dah terjatuh cinta dengan dress yang dihasilkan oleh butik ni, http://zefiks.com/ setakat ni saya hanya ada 3 collection dress Cinderella Dress
- (warna maroon 2.0) mood republik PWTC 2015
- (biru gelap 1.0) mood republik Ipoh 2015
- (hijau gelap 2.0) secara online
First time beli masa Mood Republik yang dibuat di Ipoh, kalau ikutkan memang dah ushar lama jenama ni di laman web tapi tak yakin dengan cutting, rasa macam tak muat coz cam kecik jer saiznya
Akak pakai saiz xxl dek non...yang best ilusi kurus kengkonon buat akak terperasan.
Tapi saiz keluaran kedua lebih longgar berbanding keluaran yang pertama
Cindrella Dress ni,
*cutting sangat la cantik
*simple
*kain tak panas
*berat jatuh terletak...
p/s : katenya Cindrella Dress ni dah taknak dikeluarkan dah, tak tau pasal apa
Gambar hakak biasa-biasa jer deq non
ni model butik yang pakai.................class kan
DILEMA IBU YANG NAK KEMBALI DAPAT BERAT IDEAL
Assalamualaikum...salam suka-suka
Beranak dua ..
Tak dinafikan untuk jaga badan bukan sesuatu yang mudah ...
Last pregnat anak yang no 2 berat 96 kg..Tinggi 162 cm
Selepas bersalin 84 kg..
Sekarang berat terkini April 2016, berat baru dapat 75 kg..
Target pertama sehingga penghujung bulan 5/2016 nak dapatkan berat 68 kg...
Semangat nak turunkan berat badan ni dapat kot mana...
kalo dok ingat dulu memang tak kisah bila berat dah sampai 80 kg +++
Tapi bila dok tengok anak berkeliaran larik sana sini bila keluar hang out...selalu dok suruh Mr Cool n adik ipar....ibu tak larat nak bawak body sendiri..
tu yang terdetik takleh jadi ni...kena buat something..so akak sedang berusaha ni adik-adik...
Thursday, 21 January 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)





