Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Wednesday, 13 April 2016

IPOH , PERAK ADA PEOPLE'S PARK ???????












Baiklah entry kali ni hakak nak berkongsi tentang apa yang ada kat Ipoh Perak, mungkin masyarakat setempat yang dok bertahun-tahun pun tak tahu kewujudan People's park

Secara jujur nya hakak yang dah dok hampir 6 tahun di Ipoh-Mac 2010 masa first posting....baru pertama kali tahu tentang People's Park ni pada bulan Feb 2016...akak yang ketinggalan or tempat tu memang tak popularrrrrsss

Ishhhhh hakak ni dapat tahu tentang People's Park pun disebabkan tugasan kerja yang memerlukan hakak untuk kenal dengan tempat tersebut....Pertama kali lawatan tapak, masa tu hakak sajer-sajer pergi dengan teman sekerja hakak....Subhanallah...itu perkara terpacul kat mulut hakak...

Serius cantik, tersergam sebuat tapak indah yang dikelilingi seolah-olah ukiran yang tersergam kukuh, ada taman permainan kanak-kanak, ada tandas, ada premis jualan makanan tapi kosong, ada kolam renang yang agak terbiar, paling menakutkan seekor katak sebesar lengan ku sedang menyanyi kegembiraan disiang hari, tapi masa hakak pergi ada pasangan mat salleh tengah berjemur sambil merendam kaki kat situ. Hakak rasa agak segan ngan pasangan mat salleh tu yang datang Perak nak tengok keindahan tempat ni tapi menikmati keindahan tempat tersebut dengan kedaan sebegitu....sayangnyer tempat tu tiada penjagaan rapi...nak salahkan saper yer?????opssss

Kalau pi sebelah malam, gelandangan, mat pet serius bersepah kat tempat tu, tempat tu dah sunyi confirm-confirm la depa bertumpu kat situ, yang ada keluarga jangan harap la nak pi bawak keluarga bagai, memang tak sesuai la.

Tapi takper hakak tanam niat yang murni, mungkin inilah hikmahnya, tempat kerja hakak pilih tempat tersebut sebagai medium perantaraan pelancongan dan seni budaya. Jadi akhirnya tempat lah haka akan mengadap sepanjang tahun 2016

Dalam entry lain hakak akan kongsi apa yang tempat kerja hakak bantu untuk naikkan balik tempat tersebut sebagai tempat tumpuan orang ramai yer..



No comments:

Post a Comment