Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Tuesday 19 April 2016

PERCUTIAN DI LANGKAWI 2016


Assalamualaikum...

Rasa nak coretkan tentang percutian singkat masa di Langkawi pada
Tarikh :29 Jan- 1 Feb 2016
Jumaat - Isnin
Pakej : 3 hari 2 Malam (pasangan) - untuk 20 orang (rakan -rakan sekerja dan pasangan mereka)
            - RM 200 seorang
            - Bilik Besar (dua katil Queen ) siap berair-cond
            - Sarapan & Makan malam
            - Van (3 hari) - minyak isi sendiri
            - Hoping Island (Jelajah)
Tiket Feri & bas dari Ipoh ke Jeti Kuala Perlis lain harga

         
Guna FB : Pakej Cuti-cuti Terlajak Murah
https://www.facebook.com/Pakej-cuti-cuti-terlajak-murah-779934072129283/




Naik bas dari Ipoh ke KL jam 12.00 tengah malam dari Ipoh ke  Jeti Kuala Perlis. Dalam perjalanan malam hanya banyak tidur. Berhenti sekali jer dalam 5 jam perjalanan. di RNR area negeri Kedah. Kami sampai jeti Kuala Perlis lebih awal sebab masa pelepasan di jeti jam 8.00 pagi. Jadi melepak la kami di masjid berhampiran untuk bersolat Subuh... orang tak yah cakapla memang ramai.







Kebanyakan member 1 trip , hari pertama dah pergi berenang tapi oleh kerana masa yang dah dekat senja, kami memilih mandi di kolam renang sahaja dekat dengan bilik. Cenang Resort.


Tak sah kalo pergi tempat ni tak ada segmen jemur-jemur dan main -main pasir kan


 Sempat la merasai pengalaman naik SKY Cab . Subhanallah pemandangan yang wajib kita saksikan bila berada di Langkawi.




Bagi aktiviti round island, kami singgah di Tasik Dayang Bunting... tempat Burung Helang (lupa nama), pengalaman naik bot laju memang terbaik..Kami juga berkesempatan melawat kawasan Makam mahsuri, kagum tengok binaan rumah yang sangat klasik hasil peninggalan orag lama-lam dulu yang masih kukuh terbina.

tak sah kalau balik tak beli coklat, emmeng berkarung la jawapnya. Oleh kerana duit ada takda jer sempat juga la kami membeli luggage beg , untuk qisya n satu yang besar untu kenang-kenangan.

No comments:

Post a Comment