Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Sunday 24 April 2016

REVIEW : SIMPLY CITY

AssalamualaikuM...
Okey apa yang hakak dah try akak akan kongsi...
Kalau ikutkan hakak takda jenama peberet untuk barangan mekap yang akak pakai. semua jenama akan sapu sekiranya mampu milik ketika itu dan rasa nak cuba. Kalau ikutkan hakak kategori yang agak giler dengan lipstik, hakak rasa akak boring pakai yang tu akan bagi adik-adik akak atau adik pratikal sepejabat dan akan beli yang baru. Giler kater tak suka yang baru, nama pun wanita kan.

Baiklah untuk jenama ni hakak dah cuba beberapa barangan seperti dibawah, seingat2 hakak ini jer yang hakak pernah guna.




Liquid Lipstick Baharu dengan tekstur lembut dan sapuan lancar. Beralih kepada kemasan matte selepas diaplikasi agar pemakaian tahan lama. Diperkaya dengan ekstrak Shea Butter untuk menghidrat dan melembapkan bibir.• Tahan Lama. Kemasan Matte Halus. Menghidrat dan Melembapkan..Formulasi tanpa Pewangi, SD Alkohol, Mineral Oils, Lanolin, SLES/SLS dan Sumber Haiwan- Dilancarkan dengan 3 produk kegemaran ramai dalam formula asli sebagai pelengkap koleksi:
(yang kat atas tu tulisan / review dari http://www.wanista.com/koleksi-simplysiti-la-collection-dor/)
Review dari hakak: " Hakak pakai lipstik ni sampai ke dasarnyer, jarang lipstik  hakak akan pakai sampai dek habis deq nonnnnnnnnnnnn, Selalu hakak akan bagi dekat orang lain/ adik-adik sendiri , or jadi simpanan sahaja, Tapi bila hakak pakai lipstik matte ni hakak  suka dengan warnaya yang cantik tetapi sederhana. Hakak tak rasa mengelupas atau kering bibir .. Dari segi ketahanan biasala, kebanyakan lipstik kalo makan habisla serinya dimakan oleh kita juga.....so tambahla balik kan...tapi akak bagi 4 bintang dari 5 bintang...boleh cuba tanpa ragu-ragu. Hakah dah hbis tapi belum repeat beli lagi.




4 Eye Color dengan serbuk mutiara emas untuk kemasan sihat dan berseri. Mengandungi pantulan cahaya kristal dari Glittering Pigment agar mata tampak bersinar. Lembut dan diperkaya dengan bahan terbaik dan berkualiti agar warna mata kelihatan lebih memukau, menyerlah dan tahan lama.• Impak Sinaran. Warna Memukau dan Glamor. Lembut dan Mudah diaplikasi.• Formulasi tanpa Paraben, Pewangi, SD Alkohol, Lanolin, SLES/SLS dan Sumber Haiwan

Review dari hakak: " Hakak dah beli n masih lagi ada, tahan lama sebab pakai waktu-waktu rajin dan ada majlis tertentu. Sebab tu tahan, hakak rasa hakak suka dengan gabungan warna yang ada sesuai dengan kulit warna hakak, tapi teknik pakai kena la betoi baru cantik macam ownernya. Secar jujur hakak suka betoi dengan warna hitamnya yang pekat dan btoi2 hitam. dan yang penting tahan lasak. tak mudah tertanggla isinya kalo terlasak dengan anak-anak, 

Kandungan Minyak Argan yang boleh dilihat sendiri pada produk tersebut. Minyak Argan dari negara Morocco ini amat istimewa dan ia dapat memberi pelbagai kebaikan anti-penuaan kepada kulit dan juga bibir anda. Mempunyai 5 warna menawan iaitu Plum ParadiseGold EditionLovely PinkSamba Red dan Coral Orange. Setiap satu berharga RM33.90 dan boleh didapati di semua cawangan AEON, AEON BIG, Guardian, Sogo, Tesco dan Watsons.Antara kebaikan Minyak Argan
  • Mengurangkan kedutan di sekeliling bibir.
  • Memudarkan bintik.
  • Melembutkan dan melembapkan bibir.
  • Melindungi bibir dan kulit dari sinaran UVA & UVB yang merbahaya.
  • Mempunyai 2 kali lebih Vitamin E berbanding Minyak Zaitun.

Review dari hakak: " Hakak masih lagi memakai lipstik jenama ini dengan warna coral orange, WL 05..boleh cakap antara lipstik best hakak, warna yang lain daripada yang lain. Bila pakai terasa berminyak jer mulut kita, memang  tak keringkan bibir. tang warna memg hakak jatuh cinta, banyak pilihan warna korang boleh pilih sendiri seprti maklumat diatas



Ini blusher masa Tok tie keluar awal-awal dulu, secara jujurnya hakak tertarik tang span tu, tapi oleh hakak tak reti pakai dolu2 cam bertampuksikit, teknik hakak yang salah, pepun hakak suka warna pink nyer cantik sangat

sumber :http://www.wanista.com/koleksi-simplysiti-la-collection-dor/

Tuesday 19 April 2016

PERCUTIAN DI LANGKAWI 2016


Assalamualaikum...

Rasa nak coretkan tentang percutian singkat masa di Langkawi pada
Tarikh :29 Jan- 1 Feb 2016
Jumaat - Isnin
Pakej : 3 hari 2 Malam (pasangan) - untuk 20 orang (rakan -rakan sekerja dan pasangan mereka)
            - RM 200 seorang
            - Bilik Besar (dua katil Queen ) siap berair-cond
            - Sarapan & Makan malam
            - Van (3 hari) - minyak isi sendiri
            - Hoping Island (Jelajah)
Tiket Feri & bas dari Ipoh ke Jeti Kuala Perlis lain harga

         
Guna FB : Pakej Cuti-cuti Terlajak Murah
https://www.facebook.com/Pakej-cuti-cuti-terlajak-murah-779934072129283/




Naik bas dari Ipoh ke KL jam 12.00 tengah malam dari Ipoh ke  Jeti Kuala Perlis. Dalam perjalanan malam hanya banyak tidur. Berhenti sekali jer dalam 5 jam perjalanan. di RNR area negeri Kedah. Kami sampai jeti Kuala Perlis lebih awal sebab masa pelepasan di jeti jam 8.00 pagi. Jadi melepak la kami di masjid berhampiran untuk bersolat Subuh... orang tak yah cakapla memang ramai.







Kebanyakan member 1 trip , hari pertama dah pergi berenang tapi oleh kerana masa yang dah dekat senja, kami memilih mandi di kolam renang sahaja dekat dengan bilik. Cenang Resort.


Tak sah kalo pergi tempat ni tak ada segmen jemur-jemur dan main -main pasir kan


 Sempat la merasai pengalaman naik SKY Cab . Subhanallah pemandangan yang wajib kita saksikan bila berada di Langkawi.




Bagi aktiviti round island, kami singgah di Tasik Dayang Bunting... tempat Burung Helang (lupa nama), pengalaman naik bot laju memang terbaik..Kami juga berkesempatan melawat kawasan Makam mahsuri, kagum tengok binaan rumah yang sangat klasik hasil peninggalan orag lama-lam dulu yang masih kukuh terbina.

tak sah kalau balik tak beli coklat, emmeng berkarung la jawapnya. Oleh kerana duit ada takda jer sempat juga la kami membeli luggage beg , untuk qisya n satu yang besar untu kenang-kenangan.

Wednesday 13 April 2016

IPOH , PERAK ADA PEOPLE'S PARK ???????












Baiklah entry kali ni hakak nak berkongsi tentang apa yang ada kat Ipoh Perak, mungkin masyarakat setempat yang dok bertahun-tahun pun tak tahu kewujudan People's park

Secara jujur nya hakak yang dah dok hampir 6 tahun di Ipoh-Mac 2010 masa first posting....baru pertama kali tahu tentang People's Park ni pada bulan Feb 2016...akak yang ketinggalan or tempat tu memang tak popularrrrrsss

Ishhhhh hakak ni dapat tahu tentang People's Park pun disebabkan tugasan kerja yang memerlukan hakak untuk kenal dengan tempat tersebut....Pertama kali lawatan tapak, masa tu hakak sajer-sajer pergi dengan teman sekerja hakak....Subhanallah...itu perkara terpacul kat mulut hakak...

Serius cantik, tersergam sebuat tapak indah yang dikelilingi seolah-olah ukiran yang tersergam kukuh, ada taman permainan kanak-kanak, ada tandas, ada premis jualan makanan tapi kosong, ada kolam renang yang agak terbiar, paling menakutkan seekor katak sebesar lengan ku sedang menyanyi kegembiraan disiang hari, tapi masa hakak pergi ada pasangan mat salleh tengah berjemur sambil merendam kaki kat situ. Hakak rasa agak segan ngan pasangan mat salleh tu yang datang Perak nak tengok keindahan tempat ni tapi menikmati keindahan tempat tersebut dengan kedaan sebegitu....sayangnyer tempat tu tiada penjagaan rapi...nak salahkan saper yer?????opssss

Kalau pi sebelah malam, gelandangan, mat pet serius bersepah kat tempat tu, tempat tu dah sunyi confirm-confirm la depa bertumpu kat situ, yang ada keluarga jangan harap la nak pi bawak keluarga bagai, memang tak sesuai la.

Tapi takper hakak tanam niat yang murni, mungkin inilah hikmahnya, tempat kerja hakak pilih tempat tersebut sebagai medium perantaraan pelancongan dan seni budaya. Jadi akhirnya tempat lah haka akan mengadap sepanjang tahun 2016

Dalam entry lain hakak akan kongsi apa yang tempat kerja hakak bantu untuk naikkan balik tempat tersebut sebagai tempat tumpuan orang ramai yer..



Tuesday 12 April 2016

DIET KER??




Kitaran berat sekarang..

Cabaran bagi kaum-kaum ibu yang menyusukan anak dalam masa yang sama berusaha untuk turunkan berat badan..
Tapi alhamdullilah, cuba enjoy dengan diet yang ada.
Nawaitu :
- senang kutip anak-anak
- untuk kesihatan diri sendiri
- untuk keyakinan diri sendiri..

Masa start diet ; 4/01/2015 - 86 kg
Now berat harini : 13/4 /2016 -74.8 kg
First Target : 68 kg pada 21 /4/2016

entry lain kita cerita diet apa yang kita follow...

Monday 11 April 2016

"daisy beaded shawl" Anna Rose di Hana Bella






KOLEKSI  "daisy beaded shawl" by Anna Rose - Hana Bella one of my peberet shawl .
Saya suka saya share.

Sebab suka :
*chiffon tebal
*beaded atas kepala rasa cam exlusive
panjang cukup leh lilit-lilit ikut style mana rasa best

HANA BELLA PREMIER STORES:
No 57G, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
No 28G, Jalan Bestari 5B, Bandar Meru Raya, Ipoh (depan Mydin Hypermarket)

Order Hotline 05 3232640

Kalau yang jauh  n nak beli online boleh cari di http://www.hanabella.com.my/

CINDERELLA DRESS BY : ZEFIKS COLLECTION BUAT KORANG NAMPAK SLIM

Oleh kerana saya seorang pembeli pakaian online tegar.
Just nak share mungkin berguna kepada yang tengah mencari review butik Zefiks Collection.

Secara jujur saya memang dah terjatuh cinta dengan dress yang dihasilkan oleh butik ni,  http://zefiks.com/  setakat ni saya hanya ada 3 collection dress Cinderella Dress
 - (warna maroon 2.0) mood republik PWTC 2015
 - (biru gelap 1.0) mood republik Ipoh 2015
 - (hijau gelap 2.0) secara online 

First time beli masa Mood Republik yang dibuat di Ipoh, kalau ikutkan memang dah ushar lama jenama ni di laman web tapi tak yakin dengan cutting, rasa macam tak muat coz cam kecik jer saiznya

Akak pakai saiz xxl dek non...yang best ilusi kurus kengkonon buat akak terperasan.

Tapi saiz keluaran kedua lebih longgar berbanding keluaran yang pertama

Cindrella Dress ni, 
*cutting sangat la cantik
*simple 
*kain tak panas
*berat jatuh terletak...

p/s : katenya Cindrella Dress ni dah taknak dikeluarkan dah, tak tau pasal apa

Gambar hakak biasa-biasa jer deq non


ni model butik yang pakai.................class kan