Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Friday 30 March 2012

Reaksi ibu & ayah...selepas result UPT confirm double line...

Bismillilah....selamat pagi assalamualaikum

Pagi2 lagi ibu dah karang entry ni untuk sambungan cerita kisah entry sebelum ni...
Sebenarnya apa yang ibu story kat sini lebih kepada diari untuk ibu dan anak ibu nanti....
Ibu berharap rakan2 ibu yang membaca akan terimbas kembali detik kenangan bila saat mengetahui diri hamil, mungkin boleh membuatkan mereka senyum kembali, turut ibu doakan untuk bakal2 ibu yang masih lagi berusaha, berdoa akan turut menghargai detik yang akan tiba dengan Izin-Nya nanti, ini merupa kenangan ibu dan ayah yang aka kami kenang sampai bila2....

Mengetahui detik kehamilan selepas 9 bulan berusaha adalah sesuatu yang susah ibu nak ungkapkan...tak terucap tapi boleh ibu ceritakan...mungkin ini bakal membuatkan ayah yang tgh baca turut tersenyum dan mengakui kehebatan rasa nikmat dan syukur atas pemberian yang tak ternilai ni...(ibu dah paksa ayah baca blog ibu tulis...hehehheh, biar dia lebih paham perasaan ibu dan anak ibu....)

Last yang ibu cerita pasal ibu cek UPT sendiri di rumah kan,.....tapi happy ending tak berapa umphhh kan..
Ibu akan detailkan reaksi kami berdua untuk tatapan ank ibu nanti....
Sebenarnya masa ibu titiskan urine ke UPT tu, ibu pejam mata lamaaaaaaaaaaa jer masa nak tgok keputusan tu, tapi kena bukak mata jgak nak tgok keputusan kan.....sekali zappppppp.....ada dua line, terang pulak tu,anak ibu....ini kali pertama line nyer berubah dan berlainan dengan line UPT yang pernah ibu buat sbelum ni....memang la kan, dah asyik satu line jer, sampai termimpi2 nak ada dua line, sampai dah fade up dah nak buat test UPT ni.....
Dalam tandas tu, ibu hanya panjatkan rasa syukur yang tak putus2....tapi masih lagi ada ragu2 dengan keputusan tu, sungguh ibu tak mampu untuk tersenyum lagi, sebab perasaan ragu-ragu masih kuat. Selepas ibu bersih2 apa yang patut, ibu sorok dalam kain tuala stict UPT dan terus masuk dalam bilik tidur ibu dan ayah....ibu tak ingat masa tu ayah tgh buat apa, tapi rasa2 macam ayah tengah bersantai tengok TV di ruang tamu..bilik ibu dengan ruang tamu berdepan jer....ibu terus panggil ayh masuk bilik....mesti ayah rasa suspen jer, lagipun dia bukan tahu pun "aktiviti ibu dalam tandas masa tu".....masa masuk bilik, muka ayah memang tanda tanya la kan, tgok ibu senyum tak senyum sengih tak sengih,....susah nak explain, alik2 ibu tunjuk jer stick UPT tu kat ayah...muka ayah cam tak bereaksi, sempat dia tnya ...'maknanya"????takkan nak buat cam drma plk kan, tapi ibu lupa nak explain kat ayah....yelah mana la kot dia tahu pasal line2 merah, sah2 itu kali pertama dia tgok depan mata test UPT.....sebelum ni ibu buat sorang2 jer.....ayah masa tu jauh seberang lautan......tapi ibu sendiri tak tahu samada ayah tahu tak pasal  line merah? hahahah...takkan tak tahu...kater "cikgu"...opsspsss sorry ayah...ayah duduk dibirai katil......ibu explain la....tapi confim dia faham maklumat yang ibu nak sampaikan. bila mata kitorg bertentang, hanya senyuman yang terukir kat bibir masing2....tapi ibu rasa cam ibu nangis sambil pegang pinggang "ramping ayah", ibu rasa cam ayah ada cium ibu....hahaha........ibu ingat2 lupa ayat2 keluar dari mulut ibu...
  1. abe.......betul ke ni abe????
  2. "kita dah nak jadi ibu da ayh ke abe"???
  3. tapi boleh percaya ke UPT ni, beli dah la yang paling murah ni....
Itu antaranya la, padahal macam2 yang ibu sebut....tapi ayah yang ibu letak nama (MR COOL) dalam fone ibu, memang akan cool dan relax jelah, dia kata "sabar, cuba buat lagi esok, tgok macmna?"emmmmm
Ibu mengiyakan kata2 ayah, lagipun dah lewat nak calling sesaper pun, tapi terdetik di hati ibu, kalau UPT ni esok lain nyer result, macmna perasaan kami plk,,hanya mampu beristigfar...tak sabar nak buat test UPT yang kedua, untuk double confirm..

Serius ibu tak boleh tidurla sayang, pukul 4 dah bangun, dah buat UPT........sekali lagi...alhamdullilah, hanya mampu bersyukur pada Nya.kol 2 pgi, ma adalah orang pertama yang ibu call...emmmm tapi yang best dia cakap bila dh buat buku merah baru boleh percaya 100%...ok zaman dolu2 takder guna UPT kot, just tahu2 sendiri...emmmmm tak tertanya lak hal tu...syukur...

Al Quran surah Al Hadid ayat 22 hingga 23 :
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang di berikan Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri


3 comments:

  1. Subhanallah...cerita awak sgt terkesan pada diri saya...terima kasih sebab sudi berkongsi rahsia hati ini :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi baca, kadang2 saya tak pandai nak luahkan melalui kata2 pada org, takut tersalah tafsir, takut tersalah kta, iklas kalau boleh saya tak mahu rahsiahati saya dibaca oleh org yg mengenali saya secara personal biarlah rakan2 TTC yang sama2 tahu perasaan sya, dan saya kongsikan pengalaman ini jga utk tatpan rakan2 suapa sentiasa diberi semangat dan kesabaran berlipat kali ganda utk mendapatkan zuriat...tiada niat lain hanya utk bersma dengan rakan2 yang sumebr inpirasi dtg drp mereka semua..TQ SITI...

    ReplyDelete
  3. tahniah nk jadi ibu.. saya juga ex-ttc. ttc selama setahun 7bulan. dan sekarang alhamdulillah masuk 23minggu hamil. semoga kandungan kita sihat, selamat dan dipermudahkan. Amin..

    *take care! :)*

    ReplyDelete