Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Monday 26 March 2012

6-12 February 2012.....darah yang menjadi tanda tanya...

Bismillah.....
Kisah seminggu yang mendebarkan..
6-12 Februari 2012....(Isnin hingga Ahad)
Berserabut ibu memikirkan apa yang tak kena dngan diri ibu,
apa masalah kesihatan ibu yang sebenarnya, kadang-kadang fikiran mempengaruhi segalanya...jari jemari ibu mula meminta bantuan Abang Google..kot2 dapat bantuan tentang pengalaman blogger2 yang pernah alami pengalaman macam ibu, keluar 'spotting' darah selepas bersama suami.
Maklumat yang paling dekat dengan permasalahan ibu adalah "kanser serviks"
Subhannallah ....itulah telahan yang begitu meragut air mata untuk keluar dengan hebatnya....
tapi telahan itu juga yang membuatkan ibu kuat untuk membuat pemeriksaan doktor sebenarnya...
dalam fikiran negatif ibu mula berfikir yang bukan2...sampai "tahap mati" ibu sempat berimiginasi...
Mujur ayahlah penguat ibu yang terbaik.....sepnjang minggu itu, sebelum tidur, ayah cepat kesan perasaan ibu, walaupun ibu cuba berlakon dengan pejamkan mata tanda diri sudah tidur...tapi nafas turun naik yang berbeza dapat diketahui oleh ayah. pujukkkan, pelukkan, kata-kata ayah kepada ibu terdiam dengan esakan halus.
Mungkin pengalaman ayah untuk berhadapan dengan situasi isteri pengalami masalah itu sangat muda, tapi pandangan ayah untuk ibu bertanyakan pendapat 'ma' dan kak long ibu membuatkan soalan, serta meluahkan kebimbangan memberi jalan cerita yang lain....perlahan2 nanti ibu akan ceritakan dalam entry ni..

6 Februari Isnin...sehari selpas hari Keputeraan Nabi Muhammad...jatuhnya hari isnin merupakan hari cuti sempena hari Keputeraan Nabi Muhammad...ibu dan ayah di rumah...pendarahan darah coklat keluar sikit2, ibu ingatkan kemungkinan "luka waktu bersama"...sangkaan ibu darah akan berhenti sehari atau dua hari...
Untuk pengetahuan anak ibu. tarikh 6 Februari Isnin merupakan tarikh terakhir waktu subur ibu...tapi semangat ibu untuk mendapatkan zuriat untuk ayah macam sepi jgak bulan tersebut..pelik dan ajaip..darah keluar bukan seperti darah period...darah hanya keluar waktu ibu buang ai kecil sahaja..darah buakn seperti mengalir, darah seprti hujung2 period..emmm mungkin yang bergelar wanita akan lebih mudah dapat gambaranya.
Tarikh bermula 6 Feb.....7 Feb.....darah masih lagi keluar sikit2...tapi langsung tak sakit....8 Feb....Ya Allah...darah itu masih lagi ada....ibu dah bimbang tahap apa entah.....
Ayah bagi cadangan untuk ibu ke klinik jgak 9 Feb (Khamis)....ibu pun nekad tidak mahu lagi ada pertanyaan...biar persoalan itu terjawab, tak kisah la jikalau keputusan itu memeritkan sekalipun...

Tarikh 9 Feb ( Khamis)-gara2 koje ibu pergi pejabat dahulu...
jam 9.30 pagi ibu terus ke Klinik Murshid dan Tharizah Sdn.Bhd di Jalan Medan Gopeng
Klinik ini disyorkan oleh rakan sepejabat ibu....alhamdullilah rezeki ibu, doktornya perempuan, tak lah segan sngat, ibu perupakan pelanggan kedua dia,masuk jer jumpa dia dia terus tanya apa masalah ibu dan ibu menceritakan nya dengan lancar. Dia buat keputusan utk buat buat ultrasound dan lepas tu ujian pap smear.....
Daripada pengalamatan dia, ujian pap smear idak boleh dilakukan keran darah masih keluar dari rahim, surat rujukan kepada pakar sakit puan terus dia keluarkan...ibu dikehendaki utk buat rujukkan kepada Hospital Pantai Puteri.....fuhhhhhhh...masih belum mendapat kepastian...RM 70 utk pemeriksaan pertama...
Hospital Pantai Putri terus ibu tuju.
Kebimbangan Allah jer yang tahu, "kenapa sampai jumpa pakar"?????
entry berikutnya ibu ceritanya kisah di hospital pantai dan berkaitan juga cara tradisional yang ibu lakukan jua.....

No comments:

Post a Comment