Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Thursday, 22 March 2012

seminggu yang mendebarkan...

ibu masih ingat lagi tarikh itu...

19 Januari 2012 (Khamis)......
Waktu period ibu yang tiba dengan tepat seperti yg dijangka....confirm 30-35 hari adalah kitaran period ibu....
ibu tak tahu kenapa kehadiran period kali sangat2 buat ibu jadi tak kuat,
telinga ayah, bahu ayah la tempat ibu mengadu sedih, mengalirkan air mata, melepaskan kekecewaan tatkala kehadiran anak ibu masih belum kunjung tiba...
Ditambah tekanan rasa bila mengetahui  "kak cik" iaitu adik ibu ....yg anak ibu kena memanggilnya makcik nanti....dikhabarkan dengan berita gembira, buat kami sekeluarga, rezeki dia tak perlu menunggu walau sebulan, dirinya telah disahkan mengandung beberapa minggu "bunting pelamin" kata org tua-tua....
Ibu gembira utk dia, tapi sedih untuk diri ibu dan ayah....
tapi kalau ibu terasa kesedihan begitu ibu yakin...."kak long"...kakak sulung ibu yang anak ibu kena pangil maklong nannti, dia akan lagi terasa kesedihan itu....1 tahun 8 bulan....usia perkahwinan, masih lagi berdoa untuk mendapat zuriat utk dia dan suaminya.....

Berbalik kisah period ibu pada tarikh 19/1/2012-Khamis malam Jumaat
Ibu masih lagi ingat, hari pertama period senggugut ibu menyerang tapi tidak sehebat rasa kecewa dihati apabila 99 % confirm....bulan itu bukan bulan kami untuk menerima khabar gembira..kami masih perlu mencuba...deras air mata ibu mengalir...ayah la tempat ibu menghamburkan rasa sedih dan kecewa teramat sangat...kenapa bulan itu terlalu kecewa???
  1. sebab yang paling utama adalah kerana itulah bulan pertama yang ibu rasa, adalah kiraan hari2 subur yang ibu dan ayah berusaha sebaik2 yang mungkin utk mendapatkan mu sayang....ikut perkiraan tarikh...ibu tidak terlepas utk sama2 berusaha mendapatkan dirimu.....sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi...usaha itu gagal
  2. bulan tersebut merupakan bulan pertama ayah dapat tggal bersama ibu selepas pertukaran ayah berjaya. ayah lapor diri ke tempat baru pada 4/1/2012..
Ibu sebelum ni pernah ada blog ttg ibu menjadi TTC...tetapi ibu telah mendeletekan blog itu tanpa sebab...nanti ibu cerita pada entry lain....berbalik kembali cerita itu ada perkara penting yang ibu nak sampaikan kepada anak ibu.....bagaimana ibu lalui selepas habis period 7 hari....

Ibu berjanji kesedihan selepas period bertukar menjadi perasaan yang ingin mencuba tanpa berputus asa semata2 untuk mendapatkan zuriat buat kami berdua....ibu masih lg cekal membuat kiraan tarikh waktu subur utk ibu dan ayah bersama....kalau ikutkan 2-6 Februari 2012 tarikh utk kami berusaha lebih kuat....tapi dalam berusaha itu tarikh 6 Februari Isnin adalah tarikh yang ibu takkan lupakan....
Ibu tiba2 mengalami pendarahan kecil......pendarahan waktu subur???????2 mingu selepas period????
kenapa begitu awal period ibu.....ibu jangka 19 Februari adalah tarikh period ibu yang berikutnya....bermacam2 dalam fikiran ibu berkenaan dgn pendarahan kecil ini....
entry yang berikutnya akan ibu ceritakan saat ibu merasa kesedihan menanggung rasa bimbang yang teramat2 sangat...

2 comments:

  1. nape delete blog before..nak taw storyyyyyyyy..hehehehe...neway congrats yaaaa

    rezeki kamu lebih awal...sy da setahun 3 bulan masih menunggu rezekiii tu

    ReplyDelete
  2. hani org pertama yang komen blog saya tak seberapa ni...tq
    Nanti saya karang khas kenapa saya delete blog tersebut, itulah berkaitan blog ni agak kurang pandai, nak bukan balik blog yg dah delete terus tak reti, nak taknak saya kena bukak blog baru la ...aduiii, bukak yg baru lebih kepada gian nak menulis, lagipun sayaa rindu rakan2 TTC, diorg bersama saya masa saya berTTC dulu, n saya nak bersma diorg jgak, saya terus nak kutip semangat diorg utk saya kongsikan jgak pada orang yang terdekat dengan saya yg masih TTC, kak long saya berTTc 1 tahun 8 bulan, kadang cerita rakan2, cara mereka berikhtiar sampai ada yg berjaya saya print bagi dia baca untk dia lebih bersemangat, saya pernah lalui saat 2 itu walaupun tak lama macm ada sesetengah raka2 yg lain..tapi bila baca kisah diorg Subhannallah, seribu macam yang saya rasa, habis baca saya doakan untuk diorg...Insyallah Hani, saya doakan untuk awak dan suami..insyallah ada rezeki.

    ReplyDelete