Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Tuesday 27 March 2012

pergi Hospital pakar dan terpaksa balik berurut...

Sambungan daripada entry sebelum ini .....
9/02/2012-Khamis,Alhamdullilalh sampai di Hospital Pantai, ibu terus rujuk ke Klinik Pakar Wanita Dr Mimin...dipermudahkan oleh-Nya..parking mudah ibu dapat, pesakit klinik tersebut tak ramai masa tu...tapi yang tak best, masa tu duit ibu tengah kering, tapi ayah dah standby bagi kad bank ayah, takut duit tak cukup nak bayar rawatan tempat pakar macam tu, tpi alhamdullilah, bayaran hanya RM 50..dibekalkan ubat lagi...lebih murah drp klinik biasa...aishhhhh.musykil lak ibu....

Apa yang berlaku dalam bilik bersama Dr Mimin....emmmmmm, jawapan sama masa ibu di klinik sebelum ni, dia buat pemeriksaan yang hampir sama dengan klinik sebelum ni, ayat Dr Mimin kena surut darah dulu. kemungkinan ada jangkitan kuman...itu jer yang diberitahu oleh Dr Mimin, temujanji berikutnya -16/02/2012

Balik drp klinik, ibu masuk pejabat macam biasa. Ibu jalankan tugas macam biasa, kebetulan masa tu ibu betol2 kelam kabut pasal program jabatan ibu yang perlu ibu handle sepenuhnya...jadi fikiran ibu tidaklah terlalu memikirkan hal yang berlaku....

Untuk bekalan ubat yang diberi, memang pengalaman buat ibu, tak pernah rasanya masukkkan ubat melalui saluran lain selain drpda menggunakan mulut tapi kli ini agak mencabar jiwa sbenarnya, kena masukkan melalui saluran miss P selalu keluar, tak sakit tapi tak selesa.....Ubat yang pelu dimasukkan waktu tido sahaja.

ok itu satu bab...
tapi bab yang best bila, last2 minit ma dan abah di kampung, mintak ibu balik untuk berubat secara tradisional, kalo dapat balik hari pun takpa kate ma abah ....Ipoh-Raub, makan masa 3 jam jer tapi bayangkan lah ikut Cameron Higland, jalan boleh tahan bersimpang siurnya, ayah takdapat hantar, adik perempuan ayah yang tggal bersama kami keje, takkan nak tggal anak dara sorang diri, jadi Ibu ambik keputusan utk pulang bersama adik Ipar ibu yg seorg lagi, acik Mira. Kalau ikutkan Ibu boleh balik sendirian tapi memikirkan kesihatan yang tak boleh diduga ni, lebih baik ibu berteman.

Alhamdullilah, 11/02/2012- ibu n acik mira selamat sampai ke Raub.
temujanji bersama seorg bidan selepas Insyak
- umurnya 80 tahun kot
- lebih 60 tahun pengalaman, masa muda2 lagi katanya, yang lepas bersalin, nak dapatkan anak, pasal hal2 wanita ni macam2 pengalaman dah dia dapat selesaikan dengan izin Allah,
- nama, Mak tua
-tggal di Lubuk Kulit, Kuala Lipis
-abah kena Mak Tua, sebab dulu masa abah keje menoreh getah di Lubuk Kulit, abah tggal bersama Mak tuan n Pak Tua, so rasa macam selamat skit, sebab abah dah kenal
- proses, urutan yang lemah lembut ( kudrat org yang dah beumur), tapi penuh hati2. rasanya betul2 kena dengan urat
- saranan ubat, daun serai kayu (phit n cam pedas2 sikit, boleh dibuat ulam), 1 inci kunyit hidup, secubit beras dan sedikit air
-cara2, minum air perahan daun serai kayu, kunyit dan beras bersama air yang dalam seruas ibu jari manis, selawt dan minum,....uwekkkkk, yang tak tahan macam ibu kena sediakan pisang atau benda manis.

                                                        Kunyit punyai pelbagai khasiat: Pakar
JOHOR BAHRU. 21-6-2000, Rabu - Kajian pakar pemakanan menunjukkan kunyit hidup atau nama saintifiknya Curcama Domestia/CLonga mempunyai pelbagai khasiat dan tidak mendatangkan mudarat walaupun di makan berlebihan.
    Pensyarah Jabatan Sains Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Suhaila Mohamad, berkata antara kelebihan kunyit hidup ialah menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam badan, membantu pemulihan kecederaan dan meningkat daya ketahanan serta prestasi bekerja.
    Beliau berkata, satu kajian oleh pakar pemakanan luar negara ke atas tikus bunting yang diberi makan kunyit sebanyak dua gram bagi setiap dua kilogram berat badan, menunjukkan tikus itu tidak mengalami masalah keracunan.
    Katanya, kajian di India menunjukkan, kunyit dapat membantu perokok mengurangkan bahan penggalak barah (carcinogen) yang terdapat dalam air kencingnya.
    Menurutnya, kunyit dikatogerikan sebagai tumbuhan herba spesies Zingiberacae sama seperti halia dan temu lawak.
    "Kunyit memepunyai kesan anti-oksidan yang kuat dan boleh melambatkan penyakit tua seperti barah dan darah tinggi serta mengadungi bahan dikenali ergo genics, yang dapat membantu meningkatkan prestasi dan ketahanan di bahagian hati manusia



  
Daun salam mempunyai aroma yang khas, sebab itu daun salam dimanfaatkan oleh orang Indonesia sebagai bumbu penyedap masakan. Olahan masakan yang umumnya menggunakan daun salam adalah sayur asem, soto, rawon, lodeh, rending, dan masih banyak masakan lainnya yang menggunakan daun salam sebagai aroma. Daun salam berbentuk seperti daun melinjo namun teksturnya lebih kaku. Bukan hanya sebagai penyedap masakan, daun salam juga bisa menyembuhkan beberapa penyakit, antara lain asam urat, stroke, menurunkan kolesterol yang tinggi, radang lambung, dan kencing manis



 Beras mempunyai banyak khasiat.   Beras mengandungi zat-zat kanji,protien dan juga lemak.  Selain itu di dalam beras juga terkandung zat-zat logam seperti besi, kalsium dan sulfat.  Beras juga mengandungi vitamin.  Zat beras banyak diperoleh sekiranya beras itu dikupas kulit tanpa di bersihkan.  Beras yang dibersihkan berwarna putih berkilat.  Beras yang ada tanda merah pada hujung adalah lebih baik daripada beras yang putih bersih.   Di kalangan orang Melayu, beras yang ditumbuk dengan lesung lebih banyak mengandungi zat daripada beras yang di proses dengan mesin.  Zat beras juga boleh hilang sekiranya cara memasak salah.  Memasak dengan periuk terbuka, membasuh beras terlalu bersih dan membuang kanji beras semasa nasi sedang mendidih boleh mengurangkan zat dalam beras.  Zat beras boleh juga menjadi kurang sekiranya beras itu disimpan lama dan banyak mengandungi habuk dan ulat beras ... sumber http://azizy98.tripod.com/khasiat__beras.html

   

  Ilmu perubatan Islam merupakan salah satu cara berubat yang tidak dinafikan kemahsyurannya sejak dahulu kala. Kemajuan dalam perubatan moden sukar untuk menandingi perubatan Islam yang memiliki nilai-nilai kerohanian.  Air adalah asas penting dalam kehidupan manusia, ketiadaan air akan menyusahkan manusia dan juga makhluk-makhluk yang lain. Air merupakan penawar pelbagai penyakit terutamanya air yang paling berkhasiat dan penuh dengan azimatnya iaitu air zamzam: sumber http://www.booqc.com/index.php?page=shop.product_details&category_id=91&flypage=flypage_books.tpl&product_id=3496&option=com_virtuemart&Itemid=1.


 ok selingan utk ibu jgak....
ok berbalik terus pada cerita ibu
emmmmm,balik ke Ipoh ke esokkan harinya, 12/2/2012-
Ibu dah minum dua hari berturut2, dengan Izin Allah hari Isnin darah terus berhenti-Maha Suci Allah yang mengetahui segalanya....
Entry berikutnya ibu akan ceritakan...detik2 ibu tahu kehadiran anak ibu dalam rahim ini....jeng..jeng...sangat2 tidak ibu duga.

No comments:

Post a Comment