Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Wednesday, 28 March 2012

alhamdullilah... UPT positif akhirnya



Entry kali ni berada warkah untuk anak ibu, sebab ibu dah janji untuk kongsikan detik ibu tahu kehadiran anak ibu dalam rahim ni. Bila dah janji nak story kenala story. 

Sebelum tu ibu nak kongsi dengan anak ibu bagaimana perasaan ibu, bila adik ibu (kak cik).....anak ibu kena panggil dia "makcik" dapat tahu dia pregnant.....Ya Allah ampunkan ibu kerana terdetik perasaan itu, ibu memang gembira dengar berita dia tapi ibu sedih dan menangis untuk diri ibu dan ayah yang masih menanti kehadiran zuriat kami sendiri. Cubaan bulan pertama gagal selepas tinggal bersama dan tidak terlepas untuk berusaha waktu hari2 subur ibu, sebelum ni ibu dan ayah berhadapan dengan perkahwinan jarak jauh hampir 7 bulan termasuk cuti sekolah ayah berada di kampung dia di Kelantan...emmmm
Susah nak diungkapkan rasa sedih, kecewa, cemburu dengan rezeki orang lain yang sampai dulu, rasa sedih mkin kuat coz ibu kadang2 baca SMS ayah yg ayah hantar pada ayah angkat ayah yang berada di Pulau Tioman, macamna dia sedih tgok ibu mngis setiap kali period.... Dia meluahkan rasa bimbang takut hal ini bersangkut paut dengan dirinya yang selalu sakit lulut (cikgu sukan/bola punya pasal)...ada kena mengena ker tu?
Tapi sesungguhnya Allah dah tentukan bila rezeki itu aka tiba......i rezeki untuk ibu dapatkan anak ibu taklama rupanya sebulan sahaja usia membezakan zuriat ibu dan zuriat adik ibu...Alhmdullilalh selepas 9 bulan, ibu dan ayah berusaha, akhirnya anak ibu muncul juga dalam rahim ibu....
Ibu cuba imbas kembali kisah selepas ibu mengalami spotting yang belanjutan hampir 7 hari sebelum ni 6-12 Feb 2012, kalau ada yg nak baca bole buka entry ini mungkin akan lebih memahami. Ibu meneruskan perjalanan kerja/rumahtangga macam biasa.

Kalau ikutkan cycle period ibu, 30-33 hari, jadi kiraan tarikh ibu, ibu akan period pada bulan Februari bermula 17-19 Feb, siang hingga malam....nak dijadikan cerita, tarikh 17-19 Feb merupakan tarikh bermula program terbesar jabatan ibu yang dibuat berdekatan dengan bandar Ipoh, kebetulan ibu merupakan penyelaras keseluruhan program, semangat tahun 2012 lain sikit, bos dah bagi kepercayaan, ibu buat bersungguh2...
Dalam ibu dok keje tu, ibu memang tak lupa tarikh period ibu, sememangnya ibu kena stanby "pad' dalam handbeg ibu, tapi tak tahu macamna dalam kesibukkan itu, ibu just tawakal, dalam hati ibu pernah terdetik, kalau bocor hari program, rumah dekat jer boleh gerak pantas ke rumah. Ok, ibu bertugas macm biasa, tpi tanda2 period memang ada, ibu sakit pinggang, rasa sakit ari2...period jgk aku bulan ni, tapi keje punya pasal, sedih tolak tepi lagi....emmmmm, belum sah period, just tunggu dan hadapi...

3 hari program, apa yang ibu tak buat,ibu dah panjat n lompat dinding semata2 kena bukak pintu untuk ambik hadiah dari bilik yang lain yg terkunci dari dalam, hari Sabtu mana ada staff yang nak tolong bukak..nak taknak kena guna skill panjat memanjatla, terdetik masa ibu lompat tu, skiranya ada anak ibu dalam rahim ni semoga dia kuat,.....ibu marahkan kawan baik ibu yang baru pregnant masa tu.....("Akak, jgn angkat yang berat2, duduk jer dalam bilik urusetia, yang ni biar saya angkat")....nah ambik.....kotak air mineral ibu angkat, kotak2 hadiah berapa kotak ibu angkut, sampai peringkat susun kerusi untuk aktiviti pun ibu dah buat, itu blum dengan aktiviti berlari berkejaran dipadang swaktu acara perasmian...uhhhhhh lasak nyer rasa....

ha sudah program dah habis tpi period tak kunjung tiba.....tanda2 period dah ada..emmmm
Habis program Ahad......Isnin, ibu dah masuk kje, keje macam biasa, tapi lemau penat badan, hanya Allah yg tahu, ibu masuk office tapi melepek penattttt....ok stop cerita imbasan sbelum tahu, kali ni detik hampir nak tahu......mak ai....cerita kat atas dah panjang, ada yang nak baca ker ni, takpe ibu teruskan jelah ek.....

Ok...hari Khamis 23/02/2012----yahooooooo...hari tu gaji, so dengan rajinnya ibu mengajak acik Mira utk temankan ibu beli barang2 dapur di Tesco....kol 8.45 mlm pergi, ibu balik kol 10.30 malam.....tapi tempat wajib ibu singgah adalah di Watson,,,,,,nak cari apa ek??????emmmm ibu beli
  1. panadol yg warna pink tu (panadol sengugut.....ibu beli
  2. KOTEX (jenama pad feberet ibu)
  3. tapi ibu jga beli Urine Pregnancy Test (UPT)....
Barang ke tiga cam teragak2 skit nak beli....nak ke tak nak...membazir kalo tak pregnant, kan nak period dah.....tapi ibu bagi harapan palsu untuk diri sendiri....welll sebelum ni dah berapa banyak ibu habiskan duit untk beli UPT yang mahal, yang murah semua jenam macam dah try...hehehehe, ibu pun ambik jelah, jenama yang paling murah, yang selalu di test di klinik kerajaan (RM 5.00), kalo takda taklah rugi sangat, tapi kalo ikutkan dah beberapa bulan jgk ibu tak sempat buat, sebab bulan2 period on time jer...so terbeli jgk, dua unit lagi, untuk stok dalam perancangan ibula...

Balik terus ibu ke bilik air, kalo ikutkan waktu pagi adalah masa terbaik untuk kesan hcg alam air kencing, tapi saja2 punya pasal kol 11 malam ibu masuk tandas dengan perasaan yang bercampur baur emmmmm.....
emmmmm
ok....akhirnya double lineeeeee.......
heheheh...cam tak best ending nikan, cam tak feel plk....ok kat bawah ni ibu serta gambarnyer ek..
Entry berikutnya ibu , story detik2 ibu sampaikn berita gembira kepada ayah selepas ibu keluar toilet, camana reaksi ayah, pastu kenapa sampai dua kali test ibu buat.....




No comments:

Post a Comment