Keluarga kecilku

Keluarga kecilku
indah...

Friday 30 March 2012

Reaksi ibu & ayah...selepas result UPT confirm double line...

Bismillilah....selamat pagi assalamualaikum

Pagi2 lagi ibu dah karang entry ni untuk sambungan cerita kisah entry sebelum ni...
Sebenarnya apa yang ibu story kat sini lebih kepada diari untuk ibu dan anak ibu nanti....
Ibu berharap rakan2 ibu yang membaca akan terimbas kembali detik kenangan bila saat mengetahui diri hamil, mungkin boleh membuatkan mereka senyum kembali, turut ibu doakan untuk bakal2 ibu yang masih lagi berusaha, berdoa akan turut menghargai detik yang akan tiba dengan Izin-Nya nanti, ini merupa kenangan ibu dan ayah yang aka kami kenang sampai bila2....

Mengetahui detik kehamilan selepas 9 bulan berusaha adalah sesuatu yang susah ibu nak ungkapkan...tak terucap tapi boleh ibu ceritakan...mungkin ini bakal membuatkan ayah yang tgh baca turut tersenyum dan mengakui kehebatan rasa nikmat dan syukur atas pemberian yang tak ternilai ni...(ibu dah paksa ayah baca blog ibu tulis...hehehheh, biar dia lebih paham perasaan ibu dan anak ibu....)

Last yang ibu cerita pasal ibu cek UPT sendiri di rumah kan,.....tapi happy ending tak berapa umphhh kan..
Ibu akan detailkan reaksi kami berdua untuk tatapan ank ibu nanti....
Sebenarnya masa ibu titiskan urine ke UPT tu, ibu pejam mata lamaaaaaaaaaaa jer masa nak tgok keputusan tu, tapi kena bukak mata jgak nak tgok keputusan kan.....sekali zappppppp.....ada dua line, terang pulak tu,anak ibu....ini kali pertama line nyer berubah dan berlainan dengan line UPT yang pernah ibu buat sbelum ni....memang la kan, dah asyik satu line jer, sampai termimpi2 nak ada dua line, sampai dah fade up dah nak buat test UPT ni.....
Dalam tandas tu, ibu hanya panjatkan rasa syukur yang tak putus2....tapi masih lagi ada ragu2 dengan keputusan tu, sungguh ibu tak mampu untuk tersenyum lagi, sebab perasaan ragu-ragu masih kuat. Selepas ibu bersih2 apa yang patut, ibu sorok dalam kain tuala stict UPT dan terus masuk dalam bilik tidur ibu dan ayah....ibu tak ingat masa tu ayah tgh buat apa, tapi rasa2 macam ayah tengah bersantai tengok TV di ruang tamu..bilik ibu dengan ruang tamu berdepan jer....ibu terus panggil ayh masuk bilik....mesti ayah rasa suspen jer, lagipun dia bukan tahu pun "aktiviti ibu dalam tandas masa tu".....masa masuk bilik, muka ayah memang tanda tanya la kan, tgok ibu senyum tak senyum sengih tak sengih,....susah nak explain, alik2 ibu tunjuk jer stick UPT tu kat ayah...muka ayah cam tak bereaksi, sempat dia tnya ...'maknanya"????takkan nak buat cam drma plk kan, tapi ibu lupa nak explain kat ayah....yelah mana la kot dia tahu pasal line2 merah, sah2 itu kali pertama dia tgok depan mata test UPT.....sebelum ni ibu buat sorang2 jer.....ayah masa tu jauh seberang lautan......tapi ibu sendiri tak tahu samada ayah tahu tak pasal  line merah? hahahah...takkan tak tahu...kater "cikgu"...opsspsss sorry ayah...ayah duduk dibirai katil......ibu explain la....tapi confim dia faham maklumat yang ibu nak sampaikan. bila mata kitorg bertentang, hanya senyuman yang terukir kat bibir masing2....tapi ibu rasa cam ibu nangis sambil pegang pinggang "ramping ayah", ibu rasa cam ayah ada cium ibu....hahaha........ibu ingat2 lupa ayat2 keluar dari mulut ibu...
  1. abe.......betul ke ni abe????
  2. "kita dah nak jadi ibu da ayh ke abe"???
  3. tapi boleh percaya ke UPT ni, beli dah la yang paling murah ni....
Itu antaranya la, padahal macam2 yang ibu sebut....tapi ayah yang ibu letak nama (MR COOL) dalam fone ibu, memang akan cool dan relax jelah, dia kata "sabar, cuba buat lagi esok, tgok macmna?"emmmmm
Ibu mengiyakan kata2 ayah, lagipun dah lewat nak calling sesaper pun, tapi terdetik di hati ibu, kalau UPT ni esok lain nyer result, macmna perasaan kami plk,,hanya mampu beristigfar...tak sabar nak buat test UPT yang kedua, untuk double confirm..

Serius ibu tak boleh tidurla sayang, pukul 4 dah bangun, dah buat UPT........sekali lagi...alhamdullilah, hanya mampu bersyukur pada Nya.kol 2 pgi, ma adalah orang pertama yang ibu call...emmmm tapi yang best dia cakap bila dh buat buku merah baru boleh percaya 100%...ok zaman dolu2 takder guna UPT kot, just tahu2 sendiri...emmmmm tak tertanya lak hal tu...syukur...

Al Quran surah Al Hadid ayat 22 hingga 23 :
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang di berikan Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri


syukur Ya Allah..permudahkan segala urusan ku dan lindungi kandungan ku



Mula-mula scan 27/2/2012
baru 1.55 cm
Kandungan baru 5 minggu

Buka buku merah di Klinik Kesihatan Kerajaan
1.94 cm
Kandungan 6 minggu 6 hari





Repeat scan di Klinik Kesihatan
2.13 cm
Kandungan 8 minggu 5 hari

Sejak daripada awal minggu mengandung sehinggalah 10 minggu sekarang, alhamdullilah saya masih belum alahan, badan cuma berangin, leh tahan jgak anginnya, sakitnya boleh tahan, doakan saya dan kandungan, semoga rakan 2yang lain bakal turut dimakbulkan doa untuk menjadi ibu, dan dikurniakan zuriat yang sihat, tiada kecacatan, cerdas akal fikiran dan menjadi anak yang soleh dan solehah...amin...

Wednesday 28 March 2012

alhamdullilah... UPT positif akhirnya



Entry kali ni berada warkah untuk anak ibu, sebab ibu dah janji untuk kongsikan detik ibu tahu kehadiran anak ibu dalam rahim ni. Bila dah janji nak story kenala story. 

Sebelum tu ibu nak kongsi dengan anak ibu bagaimana perasaan ibu, bila adik ibu (kak cik).....anak ibu kena panggil dia "makcik" dapat tahu dia pregnant.....Ya Allah ampunkan ibu kerana terdetik perasaan itu, ibu memang gembira dengar berita dia tapi ibu sedih dan menangis untuk diri ibu dan ayah yang masih menanti kehadiran zuriat kami sendiri. Cubaan bulan pertama gagal selepas tinggal bersama dan tidak terlepas untuk berusaha waktu hari2 subur ibu, sebelum ni ibu dan ayah berhadapan dengan perkahwinan jarak jauh hampir 7 bulan termasuk cuti sekolah ayah berada di kampung dia di Kelantan...emmmm
Susah nak diungkapkan rasa sedih, kecewa, cemburu dengan rezeki orang lain yang sampai dulu, rasa sedih mkin kuat coz ibu kadang2 baca SMS ayah yg ayah hantar pada ayah angkat ayah yang berada di Pulau Tioman, macamna dia sedih tgok ibu mngis setiap kali period.... Dia meluahkan rasa bimbang takut hal ini bersangkut paut dengan dirinya yang selalu sakit lulut (cikgu sukan/bola punya pasal)...ada kena mengena ker tu?
Tapi sesungguhnya Allah dah tentukan bila rezeki itu aka tiba......i rezeki untuk ibu dapatkan anak ibu taklama rupanya sebulan sahaja usia membezakan zuriat ibu dan zuriat adik ibu...Alhmdullilalh selepas 9 bulan, ibu dan ayah berusaha, akhirnya anak ibu muncul juga dalam rahim ibu....
Ibu cuba imbas kembali kisah selepas ibu mengalami spotting yang belanjutan hampir 7 hari sebelum ni 6-12 Feb 2012, kalau ada yg nak baca bole buka entry ini mungkin akan lebih memahami. Ibu meneruskan perjalanan kerja/rumahtangga macam biasa.

Kalau ikutkan cycle period ibu, 30-33 hari, jadi kiraan tarikh ibu, ibu akan period pada bulan Februari bermula 17-19 Feb, siang hingga malam....nak dijadikan cerita, tarikh 17-19 Feb merupakan tarikh bermula program terbesar jabatan ibu yang dibuat berdekatan dengan bandar Ipoh, kebetulan ibu merupakan penyelaras keseluruhan program, semangat tahun 2012 lain sikit, bos dah bagi kepercayaan, ibu buat bersungguh2...
Dalam ibu dok keje tu, ibu memang tak lupa tarikh period ibu, sememangnya ibu kena stanby "pad' dalam handbeg ibu, tapi tak tahu macamna dalam kesibukkan itu, ibu just tawakal, dalam hati ibu pernah terdetik, kalau bocor hari program, rumah dekat jer boleh gerak pantas ke rumah. Ok, ibu bertugas macm biasa, tpi tanda2 period memang ada, ibu sakit pinggang, rasa sakit ari2...period jgk aku bulan ni, tapi keje punya pasal, sedih tolak tepi lagi....emmmmm, belum sah period, just tunggu dan hadapi...

3 hari program, apa yang ibu tak buat,ibu dah panjat n lompat dinding semata2 kena bukak pintu untuk ambik hadiah dari bilik yang lain yg terkunci dari dalam, hari Sabtu mana ada staff yang nak tolong bukak..nak taknak kena guna skill panjat memanjatla, terdetik masa ibu lompat tu, skiranya ada anak ibu dalam rahim ni semoga dia kuat,.....ibu marahkan kawan baik ibu yang baru pregnant masa tu.....("Akak, jgn angkat yang berat2, duduk jer dalam bilik urusetia, yang ni biar saya angkat")....nah ambik.....kotak air mineral ibu angkat, kotak2 hadiah berapa kotak ibu angkut, sampai peringkat susun kerusi untuk aktiviti pun ibu dah buat, itu blum dengan aktiviti berlari berkejaran dipadang swaktu acara perasmian...uhhhhhh lasak nyer rasa....

ha sudah program dah habis tpi period tak kunjung tiba.....tanda2 period dah ada..emmmm
Habis program Ahad......Isnin, ibu dah masuk kje, keje macam biasa, tapi lemau penat badan, hanya Allah yg tahu, ibu masuk office tapi melepek penattttt....ok stop cerita imbasan sbelum tahu, kali ni detik hampir nak tahu......mak ai....cerita kat atas dah panjang, ada yang nak baca ker ni, takpe ibu teruskan jelah ek.....

Ok...hari Khamis 23/02/2012----yahooooooo...hari tu gaji, so dengan rajinnya ibu mengajak acik Mira utk temankan ibu beli barang2 dapur di Tesco....kol 8.45 mlm pergi, ibu balik kol 10.30 malam.....tapi tempat wajib ibu singgah adalah di Watson,,,,,,nak cari apa ek??????emmmm ibu beli
  1. panadol yg warna pink tu (panadol sengugut.....ibu beli
  2. KOTEX (jenama pad feberet ibu)
  3. tapi ibu jga beli Urine Pregnancy Test (UPT)....
Barang ke tiga cam teragak2 skit nak beli....nak ke tak nak...membazir kalo tak pregnant, kan nak period dah.....tapi ibu bagi harapan palsu untuk diri sendiri....welll sebelum ni dah berapa banyak ibu habiskan duit untk beli UPT yang mahal, yang murah semua jenam macam dah try...hehehehe, ibu pun ambik jelah, jenama yang paling murah, yang selalu di test di klinik kerajaan (RM 5.00), kalo takda taklah rugi sangat, tapi kalo ikutkan dah beberapa bulan jgk ibu tak sempat buat, sebab bulan2 period on time jer...so terbeli jgk, dua unit lagi, untuk stok dalam perancangan ibula...

Balik terus ibu ke bilik air, kalo ikutkan waktu pagi adalah masa terbaik untuk kesan hcg alam air kencing, tapi saja2 punya pasal kol 11 malam ibu masuk tandas dengan perasaan yang bercampur baur emmmmm.....
emmmmm
ok....akhirnya double lineeeeee.......
heheheh...cam tak best ending nikan, cam tak feel plk....ok kat bawah ni ibu serta gambarnyer ek..
Entry berikutnya ibu , story detik2 ibu sampaikn berita gembira kepada ayah selepas ibu keluar toilet, camana reaksi ayah, pastu kenapa sampai dua kali test ibu buat.....




Tuesday 27 March 2012

pergi Hospital pakar dan terpaksa balik berurut...

Sambungan daripada entry sebelum ini .....
9/02/2012-Khamis,Alhamdullilalh sampai di Hospital Pantai, ibu terus rujuk ke Klinik Pakar Wanita Dr Mimin...dipermudahkan oleh-Nya..parking mudah ibu dapat, pesakit klinik tersebut tak ramai masa tu...tapi yang tak best, masa tu duit ibu tengah kering, tapi ayah dah standby bagi kad bank ayah, takut duit tak cukup nak bayar rawatan tempat pakar macam tu, tpi alhamdullilah, bayaran hanya RM 50..dibekalkan ubat lagi...lebih murah drp klinik biasa...aishhhhh.musykil lak ibu....

Apa yang berlaku dalam bilik bersama Dr Mimin....emmmmmm, jawapan sama masa ibu di klinik sebelum ni, dia buat pemeriksaan yang hampir sama dengan klinik sebelum ni, ayat Dr Mimin kena surut darah dulu. kemungkinan ada jangkitan kuman...itu jer yang diberitahu oleh Dr Mimin, temujanji berikutnya -16/02/2012

Balik drp klinik, ibu masuk pejabat macam biasa. Ibu jalankan tugas macam biasa, kebetulan masa tu ibu betol2 kelam kabut pasal program jabatan ibu yang perlu ibu handle sepenuhnya...jadi fikiran ibu tidaklah terlalu memikirkan hal yang berlaku....

Untuk bekalan ubat yang diberi, memang pengalaman buat ibu, tak pernah rasanya masukkkan ubat melalui saluran lain selain drpda menggunakan mulut tapi kli ini agak mencabar jiwa sbenarnya, kena masukkan melalui saluran miss P selalu keluar, tak sakit tapi tak selesa.....Ubat yang pelu dimasukkan waktu tido sahaja.

ok itu satu bab...
tapi bab yang best bila, last2 minit ma dan abah di kampung, mintak ibu balik untuk berubat secara tradisional, kalo dapat balik hari pun takpa kate ma abah ....Ipoh-Raub, makan masa 3 jam jer tapi bayangkan lah ikut Cameron Higland, jalan boleh tahan bersimpang siurnya, ayah takdapat hantar, adik perempuan ayah yang tggal bersama kami keje, takkan nak tggal anak dara sorang diri, jadi Ibu ambik keputusan utk pulang bersama adik Ipar ibu yg seorg lagi, acik Mira. Kalau ikutkan Ibu boleh balik sendirian tapi memikirkan kesihatan yang tak boleh diduga ni, lebih baik ibu berteman.

Alhamdullilah, 11/02/2012- ibu n acik mira selamat sampai ke Raub.
temujanji bersama seorg bidan selepas Insyak
- umurnya 80 tahun kot
- lebih 60 tahun pengalaman, masa muda2 lagi katanya, yang lepas bersalin, nak dapatkan anak, pasal hal2 wanita ni macam2 pengalaman dah dia dapat selesaikan dengan izin Allah,
- nama, Mak tua
-tggal di Lubuk Kulit, Kuala Lipis
-abah kena Mak Tua, sebab dulu masa abah keje menoreh getah di Lubuk Kulit, abah tggal bersama Mak tuan n Pak Tua, so rasa macam selamat skit, sebab abah dah kenal
- proses, urutan yang lemah lembut ( kudrat org yang dah beumur), tapi penuh hati2. rasanya betul2 kena dengan urat
- saranan ubat, daun serai kayu (phit n cam pedas2 sikit, boleh dibuat ulam), 1 inci kunyit hidup, secubit beras dan sedikit air
-cara2, minum air perahan daun serai kayu, kunyit dan beras bersama air yang dalam seruas ibu jari manis, selawt dan minum,....uwekkkkk, yang tak tahan macam ibu kena sediakan pisang atau benda manis.

                                                        Kunyit punyai pelbagai khasiat: Pakar
JOHOR BAHRU. 21-6-2000, Rabu - Kajian pakar pemakanan menunjukkan kunyit hidup atau nama saintifiknya Curcama Domestia/CLonga mempunyai pelbagai khasiat dan tidak mendatangkan mudarat walaupun di makan berlebihan.
    Pensyarah Jabatan Sains Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Suhaila Mohamad, berkata antara kelebihan kunyit hidup ialah menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam badan, membantu pemulihan kecederaan dan meningkat daya ketahanan serta prestasi bekerja.
    Beliau berkata, satu kajian oleh pakar pemakanan luar negara ke atas tikus bunting yang diberi makan kunyit sebanyak dua gram bagi setiap dua kilogram berat badan, menunjukkan tikus itu tidak mengalami masalah keracunan.
    Katanya, kajian di India menunjukkan, kunyit dapat membantu perokok mengurangkan bahan penggalak barah (carcinogen) yang terdapat dalam air kencingnya.
    Menurutnya, kunyit dikatogerikan sebagai tumbuhan herba spesies Zingiberacae sama seperti halia dan temu lawak.
    "Kunyit memepunyai kesan anti-oksidan yang kuat dan boleh melambatkan penyakit tua seperti barah dan darah tinggi serta mengadungi bahan dikenali ergo genics, yang dapat membantu meningkatkan prestasi dan ketahanan di bahagian hati manusia



  
Daun salam mempunyai aroma yang khas, sebab itu daun salam dimanfaatkan oleh orang Indonesia sebagai bumbu penyedap masakan. Olahan masakan yang umumnya menggunakan daun salam adalah sayur asem, soto, rawon, lodeh, rending, dan masih banyak masakan lainnya yang menggunakan daun salam sebagai aroma. Daun salam berbentuk seperti daun melinjo namun teksturnya lebih kaku. Bukan hanya sebagai penyedap masakan, daun salam juga bisa menyembuhkan beberapa penyakit, antara lain asam urat, stroke, menurunkan kolesterol yang tinggi, radang lambung, dan kencing manis



 Beras mempunyai banyak khasiat.   Beras mengandungi zat-zat kanji,protien dan juga lemak.  Selain itu di dalam beras juga terkandung zat-zat logam seperti besi, kalsium dan sulfat.  Beras juga mengandungi vitamin.  Zat beras banyak diperoleh sekiranya beras itu dikupas kulit tanpa di bersihkan.  Beras yang dibersihkan berwarna putih berkilat.  Beras yang ada tanda merah pada hujung adalah lebih baik daripada beras yang putih bersih.   Di kalangan orang Melayu, beras yang ditumbuk dengan lesung lebih banyak mengandungi zat daripada beras yang di proses dengan mesin.  Zat beras juga boleh hilang sekiranya cara memasak salah.  Memasak dengan periuk terbuka, membasuh beras terlalu bersih dan membuang kanji beras semasa nasi sedang mendidih boleh mengurangkan zat dalam beras.  Zat beras boleh juga menjadi kurang sekiranya beras itu disimpan lama dan banyak mengandungi habuk dan ulat beras ... sumber http://azizy98.tripod.com/khasiat__beras.html

   

  Ilmu perubatan Islam merupakan salah satu cara berubat yang tidak dinafikan kemahsyurannya sejak dahulu kala. Kemajuan dalam perubatan moden sukar untuk menandingi perubatan Islam yang memiliki nilai-nilai kerohanian.  Air adalah asas penting dalam kehidupan manusia, ketiadaan air akan menyusahkan manusia dan juga makhluk-makhluk yang lain. Air merupakan penawar pelbagai penyakit terutamanya air yang paling berkhasiat dan penuh dengan azimatnya iaitu air zamzam: sumber http://www.booqc.com/index.php?page=shop.product_details&category_id=91&flypage=flypage_books.tpl&product_id=3496&option=com_virtuemart&Itemid=1.


 ok selingan utk ibu jgak....
ok berbalik terus pada cerita ibu
emmmmm,balik ke Ipoh ke esokkan harinya, 12/2/2012-
Ibu dah minum dua hari berturut2, dengan Izin Allah hari Isnin darah terus berhenti-Maha Suci Allah yang mengetahui segalanya....
Entry berikutnya ibu akan ceritakan...detik2 ibu tahu kehadiran anak ibu dalam rahim ini....jeng..jeng...sangat2 tidak ibu duga.

Monday 26 March 2012

6-12 February 2012.....darah yang menjadi tanda tanya...

Bismillah.....
Kisah seminggu yang mendebarkan..
6-12 Februari 2012....(Isnin hingga Ahad)
Berserabut ibu memikirkan apa yang tak kena dngan diri ibu,
apa masalah kesihatan ibu yang sebenarnya, kadang-kadang fikiran mempengaruhi segalanya...jari jemari ibu mula meminta bantuan Abang Google..kot2 dapat bantuan tentang pengalaman blogger2 yang pernah alami pengalaman macam ibu, keluar 'spotting' darah selepas bersama suami.
Maklumat yang paling dekat dengan permasalahan ibu adalah "kanser serviks"
Subhannallah ....itulah telahan yang begitu meragut air mata untuk keluar dengan hebatnya....
tapi telahan itu juga yang membuatkan ibu kuat untuk membuat pemeriksaan doktor sebenarnya...
dalam fikiran negatif ibu mula berfikir yang bukan2...sampai "tahap mati" ibu sempat berimiginasi...
Mujur ayahlah penguat ibu yang terbaik.....sepnjang minggu itu, sebelum tidur, ayah cepat kesan perasaan ibu, walaupun ibu cuba berlakon dengan pejamkan mata tanda diri sudah tidur...tapi nafas turun naik yang berbeza dapat diketahui oleh ayah. pujukkkan, pelukkan, kata-kata ayah kepada ibu terdiam dengan esakan halus.
Mungkin pengalaman ayah untuk berhadapan dengan situasi isteri pengalami masalah itu sangat muda, tapi pandangan ayah untuk ibu bertanyakan pendapat 'ma' dan kak long ibu membuatkan soalan, serta meluahkan kebimbangan memberi jalan cerita yang lain....perlahan2 nanti ibu akan ceritakan dalam entry ni..

6 Februari Isnin...sehari selpas hari Keputeraan Nabi Muhammad...jatuhnya hari isnin merupakan hari cuti sempena hari Keputeraan Nabi Muhammad...ibu dan ayah di rumah...pendarahan darah coklat keluar sikit2, ibu ingatkan kemungkinan "luka waktu bersama"...sangkaan ibu darah akan berhenti sehari atau dua hari...
Untuk pengetahuan anak ibu. tarikh 6 Februari Isnin merupakan tarikh terakhir waktu subur ibu...tapi semangat ibu untuk mendapatkan zuriat untuk ayah macam sepi jgak bulan tersebut..pelik dan ajaip..darah keluar bukan seperti darah period...darah hanya keluar waktu ibu buang ai kecil sahaja..darah buakn seperti mengalir, darah seprti hujung2 period..emmm mungkin yang bergelar wanita akan lebih mudah dapat gambaranya.
Tarikh bermula 6 Feb.....7 Feb.....darah masih lagi keluar sikit2...tapi langsung tak sakit....8 Feb....Ya Allah...darah itu masih lagi ada....ibu dah bimbang tahap apa entah.....
Ayah bagi cadangan untuk ibu ke klinik jgak 9 Feb (Khamis)....ibu pun nekad tidak mahu lagi ada pertanyaan...biar persoalan itu terjawab, tak kisah la jikalau keputusan itu memeritkan sekalipun...

Tarikh 9 Feb ( Khamis)-gara2 koje ibu pergi pejabat dahulu...
jam 9.30 pagi ibu terus ke Klinik Murshid dan Tharizah Sdn.Bhd di Jalan Medan Gopeng
Klinik ini disyorkan oleh rakan sepejabat ibu....alhamdullilah rezeki ibu, doktornya perempuan, tak lah segan sngat, ibu perupakan pelanggan kedua dia,masuk jer jumpa dia dia terus tanya apa masalah ibu dan ibu menceritakan nya dengan lancar. Dia buat keputusan utk buat buat ultrasound dan lepas tu ujian pap smear.....
Daripada pengalamatan dia, ujian pap smear idak boleh dilakukan keran darah masih keluar dari rahim, surat rujukan kepada pakar sakit puan terus dia keluarkan...ibu dikehendaki utk buat rujukkan kepada Hospital Pantai Puteri.....fuhhhhhhh...masih belum mendapat kepastian...RM 70 utk pemeriksaan pertama...
Hospital Pantai Putri terus ibu tuju.
Kebimbangan Allah jer yang tahu, "kenapa sampai jumpa pakar"?????
entry berikutnya ibu ceritanya kisah di hospital pantai dan berkaitan juga cara tradisional yang ibu lakukan jua.....

Thursday 22 March 2012

seminggu yang mendebarkan...

ibu masih ingat lagi tarikh itu...

19 Januari 2012 (Khamis)......
Waktu period ibu yang tiba dengan tepat seperti yg dijangka....confirm 30-35 hari adalah kitaran period ibu....
ibu tak tahu kenapa kehadiran period kali sangat2 buat ibu jadi tak kuat,
telinga ayah, bahu ayah la tempat ibu mengadu sedih, mengalirkan air mata, melepaskan kekecewaan tatkala kehadiran anak ibu masih belum kunjung tiba...
Ditambah tekanan rasa bila mengetahui  "kak cik" iaitu adik ibu ....yg anak ibu kena memanggilnya makcik nanti....dikhabarkan dengan berita gembira, buat kami sekeluarga, rezeki dia tak perlu menunggu walau sebulan, dirinya telah disahkan mengandung beberapa minggu "bunting pelamin" kata org tua-tua....
Ibu gembira utk dia, tapi sedih untuk diri ibu dan ayah....
tapi kalau ibu terasa kesedihan begitu ibu yakin...."kak long"...kakak sulung ibu yang anak ibu kena pangil maklong nannti, dia akan lagi terasa kesedihan itu....1 tahun 8 bulan....usia perkahwinan, masih lagi berdoa untuk mendapat zuriat utk dia dan suaminya.....

Berbalik kisah period ibu pada tarikh 19/1/2012-Khamis malam Jumaat
Ibu masih lagi ingat, hari pertama period senggugut ibu menyerang tapi tidak sehebat rasa kecewa dihati apabila 99 % confirm....bulan itu bukan bulan kami untuk menerima khabar gembira..kami masih perlu mencuba...deras air mata ibu mengalir...ayah la tempat ibu menghamburkan rasa sedih dan kecewa teramat sangat...kenapa bulan itu terlalu kecewa???
  1. sebab yang paling utama adalah kerana itulah bulan pertama yang ibu rasa, adalah kiraan hari2 subur yang ibu dan ayah berusaha sebaik2 yang mungkin utk mendapatkan mu sayang....ikut perkiraan tarikh...ibu tidak terlepas utk sama2 berusaha mendapatkan dirimu.....sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi...usaha itu gagal
  2. bulan tersebut merupakan bulan pertama ayah dapat tggal bersama ibu selepas pertukaran ayah berjaya. ayah lapor diri ke tempat baru pada 4/1/2012..
Ibu sebelum ni pernah ada blog ttg ibu menjadi TTC...tetapi ibu telah mendeletekan blog itu tanpa sebab...nanti ibu cerita pada entry lain....berbalik kembali cerita itu ada perkara penting yang ibu nak sampaikan kepada anak ibu.....bagaimana ibu lalui selepas habis period 7 hari....

Ibu berjanji kesedihan selepas period bertukar menjadi perasaan yang ingin mencuba tanpa berputus asa semata2 untuk mendapatkan zuriat buat kami berdua....ibu masih lg cekal membuat kiraan tarikh waktu subur utk ibu dan ayah bersama....kalau ikutkan 2-6 Februari 2012 tarikh utk kami berusaha lebih kuat....tapi dalam berusaha itu tarikh 6 Februari Isnin adalah tarikh yang ibu takkan lupakan....
Ibu tiba2 mengalami pendarahan kecil......pendarahan waktu subur???????2 mingu selepas period????
kenapa begitu awal period ibu.....ibu jangka 19 Februari adalah tarikh period ibu yang berikutnya....bermacam2 dalam fikiran ibu berkenaan dgn pendarahan kecil ini....
entry yang berikutnya akan ibu ceritakan saat ibu merasa kesedihan menanggung rasa bimbang yang teramat2 sangat...

di ketika itu...aku seorg TTC...

Assalamualaikum.....
Entry yang ditulis kali ni lebih kepada mengimbas kenangan 9 bulan yang lalu....
Saat bergelar isteri kepada Mr C..banyak impian indah yang diangankan..

mahu dapat keluarga yang bahgia, dapat lahirkan zuriat yang comel2 dan bakal menjadi anak yg soleh dan solehah...tapi yang diimpi tak yang seperti yang terjadi dlm realiti....

Habis cuti kahwin selama 2 minggu terus saya dan Mr C betugas demi tanggungjawap di tempat masing2....
Seorang di utara seorang diselatan...10 jam perjalanan....berpisah dengan lautan lagi...
tpi bila berjumpa sekali sebulan..itu yg manisnya....asyik rindua-rinduan....

Sebulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan masih tiada perkhabaran gembira.....
Soalan org sekelililng makin lama, makin berbisa......
tpi ada jgk yang menyedapkan hati,
1) "Alah korang berdua masih baru.....
2) " Biasalah dok jauh2.....jumpa jarang2 bila nak jumpa hari baik kan
3) " takper belum rezeki korang lagi, nnnti ada la tuh"

5 bulan, 6 bulan, 7 bulan, 8 bulan........humang ai....masih lagi menjadi TTC....
Ya Allah....hanya dia yg tahu berapa kali saya mengalirkan air mata bila "period" menjelma saban bulan
kekecewaan diri sendiri bila test air kencing asyik satu line merah jer, berpa sudah dihabiskan utk mengetes bila period lewat sehari, dua hari, tiga hari.....bila pikir2, itu lah nikmat terhingga yg ptut sya syukur dengan apa yang saya dah dapat skrg....

Dalam entry berikutnya akan saya cuba kongsikan dengan kengkawan pengalaman saya menjadi TTC...pahit manis bergelar TTC....

Tuesday 20 March 2012

ENTRY PERTAMAKU

ASSALAMUALAIKUM....

SYUKUR ALHAMDULLILAH,,,TERLAHIRNYA BLOG INI....INGIN BERKONGSI RASA, PENGALAMAN DAN BERKONGSI IDEA DENGAN RAKAN2 BLOGGER TIDAK KIRA YG SEDANG BER 'TTC', YANG SEDANG MENGALAMI PENGALAMAN BERGELAR IBU, ATAU YANG TELAH MENJADI IBU.